Ini
merupakan satu lagi perangai yang memang sangat tak senonoh. Artis
popular ni kalau agama lan tak menjadi masalah. Tetapi, mereka beragama
Islam. Nampak macam solat memang terjaga. Yang seorang makan daging
katak dan seorang lagi menggemari daging labi-labi.
Kisahnya, dua
artis ini mempunyai selera yang sangat pelik. Seorang suka makan katak
dan seorang lagi sangat gemar makan daging labi-labi. Artis popular ini
memang mengakui menggemarkan makana eksotik Cuma yang pelik status halal
haram yang tak di ambil pusing mereka.
#Kalau nak makan pun, agak-agaklah. Bagi orang beragama Islam, makan daging binatang yang hidup dua alam ini jatuh haram.
#Bagaimanapun,
dua artis popular ini tanpa rasa bersalah, setiap kali menikmati daging
katak dan labi-labi. Selalunya restoran kegemaran dua artis popular
terbabit dan sering dikunjungi untuk menikmati daging katak dan
labi-labi ialah di Jalan Alor, Bukit Bintang.
Artis ini
dengan bangganya bercerita daging katak sangat enak, malah ia jauh lebih
sedap berbanding daging ayam. seorang lagi artis ini pula berkata,
daging labi-labi sangat lembut dan manis apabila dikunyah.
#Apabila mendengar cerita betapa nikmatnya dua artis ini menikmati daging katak dan labi-labi, tekak Cik Pang berasa kembang.
Post a Comment