Ahmad menyarankan penasihat Dr Mahathir memberi penerangan dan penjelasan GST yang sebenar kepada bekas Perdana Menteri itu, agar beliau memahami konsep sebenar cukai berkenaan. - Foto TRP/ Qurnisha Hamka
PERMATANG PAUH, 29 April:
Jika sebelum ini Datuk Ahmad Maslan menyifatkan negarawan yang digelar Bapa Pemodenan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), hari ini perkara sama turut beliau tujukan kepada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta ahli akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, semua tiga individu berkenaan gagal memahami konsep sebenar sistem percukaian baru itu, yang tetap beliau tegaskan sepatutnya menyebabkan harga barang dan perkhidmatan turun.
“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka (akan) setuju dengan GST.
“Oleh kerana itu, saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST, sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.
“Tak semestinya (belajar dengan saya). Tengok di laman web sudah cukup,” kata Ahmad kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, hari ini.
Oleh itu, beliau berharap, penasihat Dr Mahathir akan memberi penerangan dan penjelasan mengenai GST yang sebenar kepada bekas Perdana Menteri itu, agar beliau benar-benar faham konsep sebenar cukai berkenaan.
“Saya berharap penasihat Tun Mahathir dan juga pelapor kepada Tun Dr Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.
“Saya syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar, jangan tidak benar, kesian orang tua itu,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam satu sesi dialog dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan GST harus dibatalkan.
Ahmad dalam reaksi segera terhadap kenyataan Dr Mahathir itu berkata, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan itu tidak memahami GST.
Ia sekaligus menarik perhatian Dr MAZA dan Agus tampil membidas kenyataan Ahmad di akaun Facebook masing-masing.
“Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka. Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.
“Yang pastinya, saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun, seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?” tulis Agus dalam status Facebook beliau.
Sementara Dr MAZA pula melalui laman Facebook miliknya menulis: “Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan dengan Tun M?” Dr Mohd Asri menyindir Ahmad.
Related Posts
- KORANG PASTI TERKEJUT MELIHAT GAMBAR PERIBADI ALTANTUYA BERGAMBAR DENGAN SIAPA YANG TERSEBAR...04 May 20150
RATUSAN GAMBAR RAHSIA TERSEBAR. KORANG PASTI AKAN TERKEJUT... KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR PENUH...Read more »
- 5 AIR TERJUN YANG MENARIK DI MALAYSIA. #5 SANGAT CANTIK!03 May 20150
Dengan cuaca panas yang melanda negara kita, tentu anda inginkan tempat yang sejuk untuk berendam k...Read more »
- WANITA INI DI GELAR RATU SELFIE DUNIA DI INSTAGRAM03 May 20150
Seorang wanita misteri warga Thai yang memuat naik lebih 12,000 gambar selfie ke pelbagai salur...Read more »
- (GAMBAR) AWEK KEBASAHAN SELUAR DALAM TERLIHAT ATAS SUPERBIKE03 May 20150
Menaiki motorsikal berkuasa besar ada tatacaranya. Pemakaian yang dicadangkan perlu mementingka...Read more »
- WAJIB TAHU: 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang03 May 20150
Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah meng...Read more »
- TELEFON PINTAR HILANG? ANDA BOLEH DAPATKAN SEMULA DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE SEARCH SAHAJA02 May 20150
Google terkenal dengan kepelbagaian kemudahan yang boleh digunakan sesiapa sahaja secara percuma....Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment