Kisah Benar Jenazah Pelacur Di Terkam Ular |
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu
Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk
menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17
tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997
dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran
ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz
Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan
wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan
Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh
rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit
menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu.
Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam
timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan
khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan.
Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan
perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang,
orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg
tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg,
anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir
dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar
kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal
ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang
saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan
kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami.
Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan
tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya
berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia
seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang
mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi
pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa
masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya
menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular
besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang
panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja
sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed
mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti
hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal
untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan
semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba
melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga
menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular
itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan
di atas pengusung.
“Ya
Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang
apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah
motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau
kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya
saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah
itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed,
tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit
jerit akibat terlalu takut.Beberapa minit kemudian mereka terus menutup
semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima
meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup
nya yang diperbuat daripada batu.
Di
Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana
lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai.
Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia
ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun
kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru.
Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga
boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam
lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun
hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk
memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad
membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka
sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah
tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari
lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung
pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada
abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi
sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan
solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia
boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup
balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed
beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun
tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani
mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami
berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!!
Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit.
Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur
tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa
minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi
pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan
hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan
lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas.
“Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang
menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal
tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam
kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut,
kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan
lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke
tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja.
“Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul
jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa
keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati.
Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah
….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak
ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular
yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah
hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya
itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya.
Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya,
tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular
sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin
tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan
bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan
saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin
ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah
halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta
untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari
yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah!
Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam
perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali
kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah.
“Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa
mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH
akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada
yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir
kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan
rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka
wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital
Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak
suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian
seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang
meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya,
mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi
bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan
nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan
kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi
‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada
saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun
kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun
hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah
kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang
penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga
bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap
kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala
kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa
siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di
riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua
buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah,
sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan
dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan
seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu
baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat siksa kubur yang
cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur,
tentunya lebih azab lagi.
Post a Comment