**Setelah lama berdiam diri dari sebarang isu dan kontroversi, kini Abby muncul kembali menarik perhatian orang ramai dengan memuatnaik caption gambar yang menimbulkan tanda tanya.
"Kitorang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng!
"Tak tahulah En @NormanHakim_786 nak akui ke tak perkara ini. Tapi itulah dia yang sebenarnya.
"Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman, saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti," katanya.
Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba Abby #throwback ke kenangan masa lalu dan secara terbuka mengakui bahawa dia dan Norman yang berkahwin suatu ketika dulu bukan kerana cinta.
Apa lagi yang hendak didedahkan oleh Abby kali ini?
Mendengar perkhabaran itu, netizen secara tidak langsungnya mengkritik Abby cuba 'mengali' semula cerita dari muzium.
"Motif nak gaji cerita dari muzium? Apsal tiba-tiba nak keluarkan isu ini pula? Cerita zaman Paleolitik pun nak diimbas kembali. Something wrong Abby ni," kata mereka.
Bagaimanapun, ada yang menasihatkan pengguna media sosial yang lain agar membiarkan saja tindakan Abby yang sukakan kontroversi dan dahagakan perhatian orang ramai.
*Senduuuuuuu ....
Post a Comment