Kini hangat diperkatakan Justin Bieber merupakan penyebab kepada perpisahan penyanyi Ariana Grande dengan bekas teman lelakinya iaitu Big Sean baru-baru ini.
Menurut Portal Mirror, Ariana Grande tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih selepas tersebarnya gambar Ariana dan Justin yang berpelukan selepas melakukan persembahan. Kini isu tersebut menjadi viral di internet.
Big Sean menerusi laman Twiter miliknya menyelar tindakan Justin Bieber terhadap Ariana Grande yang dilihat berlebih-lebihan menyentuh teman wanitanya dan penyanyi itu sepatutnya tidak berbuat demikian.
“Budak (Justin) itu perlu diajar supaya tidak sentuh teman wanita saya dengan cara sebegitu,” katanya.
Menurut laporan, Ariana dan Big sean telah menjalin hubungan cinta sejak lapan bulan yang lalu.
Pengurus kedua-dua selebriti tersebut ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya meminta mereka diberikan ruang privasi.
“Ariana dan Big mengambil berat antara satu sama lain dan akan kekal menjadi teman rapat.“Kami meminta agar mereka diberikan privasi berhubung dengan masalah ini,” ujar wakil pengurusan Ariana.
Terdahulu, Ariana yang popular menerusi lagu ‘Love Me Harder’ mula rapat dengan Big sekitar Oktober tahun lalu sewaktu mereka bekerjasama dalam penghasilan album penyanyi itu.
Post a Comment