Mangsa yang berusia 13 tahun didakwa tidak pulang ke rumahnya selepas tamat waktu kelas tuisyen di bandar Kajang jam 10 malam.
Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di tempat tuisyen.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas dan tidak tentu arah bila anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti hari-hari kebiasaannya.
“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba sekerap yang mungkin menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.
“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi yang selalu anaknya kunjungi termasuk rumah rakan mangsa, tetapi anaknya gagal dijumpai” katanya.
Berhati-hati ibubapa diluar sana, sekarang kita dapat lihat dilaman sosial kes-kes kehilangan kerap berlaku keatas anak gadis yang masih bersekolah.
Post a Comment