– Seorang penganggur berusia 28 tahun yang tergamak merogol ibu kandungnya sendiri menerima pembalasan hari ini apabila dia dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 16 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.
KUCHING
Hakim Amernudin Ahmad menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan rogol yang didakwa dilakukan di kediamannya di Batu 24, Jalan Kuching-Serian, di sini antara pukul 1 pagi dan 1.20 pagi, 19 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak merogol ibunya ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum kejadian keji berkenaan disedari adiknya yang berada di bilik bersebelahan.
Adik tertuduh yang terdengar jeritan suara ibunya terus pergi ke bilik berkenaan dan terkejut melihat abangnya merogol ibu mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an.
Kemudian adik tertuduh bertindak menumbuk tertuduh yang ketika itu masih berada di atas badan mangsa.
Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 23 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Stella Augustine Druce manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Related Posts
- KORANG PASTI TERKEJUT MELIHAT GAMBAR PERIBADI ALTANTUYA BERGAMBAR DENGAN SIAPA YANG TERSEBAR...04 May 20150
RATUSAN GAMBAR RAHSIA TERSEBAR. KORANG PASTI AKAN TERKEJUT... KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR PENUH...Read more »
- 5 AIR TERJUN YANG MENARIK DI MALAYSIA. #5 SANGAT CANTIK!03 May 20150
Dengan cuaca panas yang melanda negara kita, tentu anda inginkan tempat yang sejuk untuk berendam k...Read more »
- WANITA INI DI GELAR RATU SELFIE DUNIA DI INSTAGRAM03 May 20150
Seorang wanita misteri warga Thai yang memuat naik lebih 12,000 gambar selfie ke pelbagai salur...Read more »
- (GAMBAR) AWEK KEBASAHAN SELUAR DALAM TERLIHAT ATAS SUPERBIKE03 May 20150
Menaiki motorsikal berkuasa besar ada tatacaranya. Pemakaian yang dicadangkan perlu mementingka...Read more »
- WAJIB TAHU: 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang03 May 20150
Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah meng...Read more »
- TELEFON PINTAR HILANG? ANDA BOLEH DAPATKAN SEMULA DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE SEARCH SAHAJA02 May 20150
Google terkenal dengan kepelbagaian kemudahan yang boleh digunakan sesiapa sahaja secara percuma....Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment