4 FOTO TERKINI MAWAR FAREEDA SELEPAS DI SIHIR? ASTAGHFIRULLAH... | Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.
Bercakap kepada
wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui
perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.
Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.
Saya bukan tak
percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak
dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.
Tambah Fizo,
semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya
mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.
Umum mengetahui
tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang
diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut,
ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:
Berkaitan
dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita
bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap.
Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.
Kesian pula
bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit
mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan
melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah.
Rezeki pasti ada InsyaAllah.
Post a Comment