Ipoh: “Hampir 20 tahun saya terseksa apabila sering dipukul serta dianggap bagaikan hamba di dalam rumah oleh suami sehingga menyebabkan saya tidak tahan dan nekad untuk membalas dendam terhadap suami.“Saya berjumpa dengan seorang bomoh di Gerik selepas diperkenalkan rakan dan bomoh berkenaan melakukan upacara menggunakan darah haid serta air mani gajah bertujuan menjadikan suami mengikut arahan saya seperti budak sekolah,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rahimah, 44.
Menceritakan kembali upacara dilakukan bomoh berkenaan, Rahimah yang berasal dari Semenyih, Selangor berkata, dia yang dibawa kenalannya ke rumah bomoh berkenaan pada awalnya terpaksa pulang selepas upacara itu tidak dapat dilakukan berikutan dia tidak datang haid.
Katanya, beberapa hari selepas itu, dia kembali berjumpa dengan bomoh berkenaan yang memintanya menitiskan darah haidnya ke dalam botol dan kemudiannya dicampur air mani gajah.
Menurutnya, air mani gajah disediakan bomoh itu sebelum beberapa mantera dibaca dalam keadaannya terpaksa berbaring separuh bogel di hadapan bomoh itu dan upacara berkenaan tamat hampir sejam.
“Bomoh berkenaan hanya meminta saya menitiskan setitis gabungan air mani gajah dan darah haid itu di dalam makanan suami serta perlu dilakukan sehingga semua ramuan terbabit habis bagi memastikan ia mujarab.
“Selepas hampir seminggu memberikan suami saya makan makanan dicampur dengan ramuan itu, suami mula berubah dan bersifat seperti keanak-anakan termasuk menuruti segala arahan saya,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia tidak memikirkan dosa disebabkan tidak tahan dengan sikap suaminya yang panas baran dan sering memukulnya sehingga menyebabkan anggota badannya lebam.
Katanya, pada waktu itu, dia sangat berpuas hati apabila berjaya menundukkan suaminya dengan semua arahan diberikannya dituruti sehinggakan semua kerja rumah dilakukan suami selepas pulang dari kerja.
Menurutnya, perlakuan suaminya yang sentiasa menuruti arahannya hanya berlaku di rumah dan suaminya akan kembali normal apabila berada di tempat kerja menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki tindakannya itu.
Rahimah berkata, kegembirannya selama dua tahun menundukkan suaminya bertukar menjadi duka apabila tindakannya disedari ibu mentuanya yang datang ke rumah dan pelik dengan tingkah laku anaknya itu.
“Dalam diam ibu mentua membawa suami saya berubat dan selepas pulih, suami menceraikan saya dengan talak tiga manakala keempat-empat anak diletakkan di bawah jagaannya disebabkan dia bekerja,” katanya.
Related Posts
- KORANG PASTI TERKEJUT MELIHAT GAMBAR PERIBADI ALTANTUYA BERGAMBAR DENGAN SIAPA YANG TERSEBAR...04 May 20150
RATUSAN GAMBAR RAHSIA TERSEBAR. KORANG PASTI AKAN TERKEJUT... KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR PENUH...Read more »
- 5 AIR TERJUN YANG MENARIK DI MALAYSIA. #5 SANGAT CANTIK!03 May 20150
Dengan cuaca panas yang melanda negara kita, tentu anda inginkan tempat yang sejuk untuk berendam k...Read more »
- WANITA INI DI GELAR RATU SELFIE DUNIA DI INSTAGRAM03 May 20150
Seorang wanita misteri warga Thai yang memuat naik lebih 12,000 gambar selfie ke pelbagai salur...Read more »
- (GAMBAR) AWEK KEBASAHAN SELUAR DALAM TERLIHAT ATAS SUPERBIKE03 May 20150
Menaiki motorsikal berkuasa besar ada tatacaranya. Pemakaian yang dicadangkan perlu mementingka...Read more »
- WAJIB TAHU: 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang03 May 20150
Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah meng...Read more »
- TELEFON PINTAR HILANG? ANDA BOLEH DAPATKAN SEMULA DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE SEARCH SAHAJA02 May 20150
Google terkenal dengan kepelbagaian kemudahan yang boleh digunakan sesiapa sahaja secara percuma....Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment