Populariti Johan sebagai salah seorang pelawak terkemuka tanah air memang tak dapat disangkal lagi. Malah sekitar Februari lalu Johan sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan merangkul 3 anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015.

Namun disebalik kejayaann tersebut, rupanya Johan dan keluarga mempunyai satu sifat yang sungguh baik hati iaitu sering mengedarkan makanan secara percuma kepada jemaah masjid. Murah rezeki Johan ye.
Istimewa Buat Jemaah Masjid


Kami perasan sejak kebelakangan ini isteri Johan iaitu Ozyln akan memuatnaik foto makanan yang telah siap dibungkus pada setiap hari Jumaat.

Melalui kapsyen foto-foto tersebut, kesemua makanan akan diagihkan secara percuma kepada jemaah masjid yang hadir mengerjakan solat jumaat. Kira lepas solat, dapat makanan free yang disediakan.

Pelbagai Jenis Makanan



Bertuah betul siapa yang solat di masjid tersebut kan, mana tidaknya ada nasi Arab, nasi lemak, nasi ambeng, nasi tomato dan bihun goreng.

Sejujurnya kami kagum dengan sifat pemurah yang ditunjukkan oleh Johan sekeluarga. Walaupun ada segelintir ‘mulut busuk’ yang mempertikai sedekah yang dilakukan oleh mereka tapi niat murni ini tetap diteruskan.

Apa-apa pun moga Johan terus dimurahkan rezeki dan sukses dalam bidang seni yang diceburinya, amin.

 

Post a Comment

 
Top