SEORANG lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.
PELIK!! KEMALUANNYA TERSEKAT PADA PAIP SEHINGGA TERPAKSA DIPANGGIL BOMBA
Bagaimanapun
yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian
Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca
insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan
berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk
ke dalam paip.
"Cuaca
agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya
tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam
paip."
Lelaki
berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang
paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara
bangunan itu.
Tetapi
dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu,
menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia
mengalami demam panas dan menghubungi doktor.
Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
Doktor
Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara
tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa
meminta bantuan."
Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
Kata
lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya
dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan
saya yang tersekat.
"Saya
cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak
dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu
ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
"Saya
tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan
tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak
demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan
yang teruk.
Post a Comment