Pembantu
Juruterbang pesawat Germanwings dengan sengaja menjunamkan pesawat
sehingga terhempas. Perkara itu disahkan oleh Pendakwaraya Marseilles,
Bryce Robin dalam sidang media hari ini.
"Kami berjaya
mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit
pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara
normal antara satu sama lain.
"Kemudiannya,
kami mendengar arahan meminta pembantu juruterbang untuk mengambil alih
dan kami mendengar bunyi kerusi ditolak ke belakang dan pintu kokpit
ditutup. Oleh itu, kami menganggap bahawa juruterbang telah pergi ke
tandas untuk membuang air
"Pembantu
juruterbang pada ketika itu mengawal pesawat dan semasa dia
bersendirian... dia telah menggunakan sistem pemantauan penerbangan dan
dari situlah pesawat mula menjunam
"Tindakan tersebut hanya boleh dilakukan secara sukarela...
"Kami dengar
beberapa laungan juruterbang meminta untuk mengakses kokpit. Beliau
telah memperkenalkan dirinya pada sistem interkom tetapi tidak ada
jawapan daripada pembantu juruterbang.
"Dia kemudian mengetuk pintu dan meminta agar dibuka. Namun turut tidak diendahkan pembantu juruterbang itu.
"Menara kawalan
kemudian meminta mereka untuk melakukan isyarat kecemasan tetapi sekali
lagi tidak ada jawapan dari dalam kokpit pesawat tersebut untuk
memberitahu keutamaan bagi pendaratan cemas.
"Pesawat lain cuba untuk menghubungi pesawat Airbus ini, namun juga tidak mendapat maklumbalas
"Terdapat
sistem penggera yang telah hidup apabila pesawat mula menghampiri
daratan dan kemudian kami mendengar bunyi pintu cuba dirempuh lagi.
Andreas Lubitz, 28 tahun, pembantu juruterbang warga German
"Ia adalah pintu kokpit namun telah diperkukuh mengikut piawaian Antarabangsa
"Oleh sebab itu, penggera tersebut tidak dapat didengari sehingga pesawat itu benar-benar terhempas
"Tidak ada
isyarat kecemasan, tiada isyarat Mayday(Kecemasan) yang diterima oleh
menara kawalan walaupun banyak panggilan kepada pesawat itu dilakukan.
"Tafsiran pada
hari ini, dan saya bercakap 48 jam selepas nahas itu... kemungkinan
besar disebabkan oleh pembantu Juruterbang - Tindakan yang disengajar -
Enggan membuka pintu kabin untuk juruterbang.
"Dia enggan membuka pintu kokpit dan bertindak menekan butang yang memulakan prosedur pesawat menurun.
"Saya mengingatkan anda bahawa dalam tempoh lapan minit terakhir pesawat ini menjunam dari 12,000m ke 2,000m."
Apabila ditanya
jika tindakan pembantu juruterbang adalah tindakan bunuh diri. "Saya
tidak akan menyebut perkataan ini kerana saya tidak tahu."
"Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan tindakan itu.
"Pembantu Juruterbang baru bekerja beberapa bulan dan mempunyai rekod 100 jam penerbangan menggunakan pesawat ini.
Pesawat
Germanwings Airbus A320 membawa 144 penumpang dan 6 krew pesawat dalam
penerbangan dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman sebelum
terhempas di Selatan Pergunungan Alps, Perancis. Pihak berkuasa
mengesahkan tiada penumpang dan krew pesawat terselamat dalam nahas
tersebut
Post a Comment