Kegembiraan seorang gadis belasan tahun bermain di tepi pantai bersama
beberapa rakannya bertukar kepada tragedi setelah dia dicabul oleh
lelaki tidak dikenali di Pantai Gong Balai, Marang beberapa hari yang
lepas.
Kejadian yang
berlaku sekitar jam 7 petang, mangsa yang sedang asyik bermain di tepi
pantai tidak menyedari akan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dari
belakang sebelum memegang payudara mangsa.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah
menyatakan mangsa menjerit minta tolong dengan sekuat hati apabila
terkejut dengan perbuatan itu.
“Jeritan mangsa itu telah menyebabkan suspek terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan menunggang motosikal.
“Mangsa yang
bengang dengan tindakan tersebut nekad mengejar suspek dengan ditemani
rakannya yang ada di situ, namun usaha mereka gagal,” katanya.
Namun, tidak
lama kemudian mangsa yang masih berada di situ ternampak suspek bersama
beberapa lelaki lepak di salah sebuah gerai ikan yang terletak
berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa masih
tidak puas hati beranikan diri menuju ke arah suspek yang ketika itu
sedang bersembang tetapi kehadiran mangsa bersama rakannya disedari
suspek sebelum dia nekad melarikan diri.
“Identiti
suspek berjaya diperoleh hasil maklumat lelaki yang berada di situ
sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung
kejadian,” tambahnya lagi.
Jelasnya,
susulan laporan, suspek berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen
354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara
sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua
daripadanya, jika disabitkan kesalahan.
Post a Comment