Seorang pelawak lelaki popular telah menggunakan populariti dirinya sebagai modus operandi bagi memperdaya ramai wanita.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha telah membongkar perangai jijik pelawak tersebut yang semakin berani memperdaya ramai gadis.

Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.

Dia turut tidak teragak-agak untuk menyebarkan bukti yang ada jika pelawak terbabit terus menerus berperangai sedemikian.

“Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

“Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya,” katanya. 

Post a Comment

 
Top