Taylor Swift, terpaksa akur dengan keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya apabila disahkan menghidap kanser di tahap kritikal.
Hati anak mana yang tak sedih dan risau apabila mengetahui jawapan pemeriksaan doktor itu sehingga dirinya berkongsi kesedihan ini menerusi akaun Tumblr.
“Pada sambutan hari Krismas yang lalu, saya hanya mahu satu hadiah daripada ibu. Saya mahu dia pergi membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan yang dia tiada masalah kesihatan. Dia bersetuju dan akhirnya pemeriksaan dilakukan.“Pada awalnya, tiada tanda buruk yang berlaku dan saya merasa lega. Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, saya merasa sangat sedih kerana dia disahkan menghidap penyakit kanser. Saya tidak bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai penyakitnya itu, namun ibu mahu saya kongsi perkara ini kepada umum supaya anda semua tahu apa yang terjadi,” ujar Swift.
Menurut Swift lagi, ibunya mahu berita ini dikongsi sebagai pengajaran agar peminat dan umum lebih peka akan kesihatan ibu bapa mereka.
Memang benar, penyakit kanser masih dapat dirawat dan dicegah sekiranya ia masih di peringkat awal.
Dalam pada itu, Taylor Swift sendiri sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang tidak putus mendoakan agar ibunya kembali pulih seperti biasa.
Post a Comment