Seorang
guru, Marcella Villalpando Tovar, 32, telah diserang dan dipukul oleh
seorang wanita dengan ganas di hadapan orang ramai setelah wanita itu,
Laelia Paredes Flores, 35, mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan
suaminya.
Laelia
merupakan ibu kepada salah seorang pelajar Marcella. Kejadian memalukan
itu berlaku selepas Laelia merempuh masuk ke dalam kelas, lalu mula
memukul dan menendang guru terbabit di hadapan pelajarnya.
Pada masa sama,
guru-guru yang lain hanya memerhatikan kejadian terbabit dan lebih
malang ada yang merakamkan insiden berkenaan tanpa memberikan bantuan
atau menghentikan pergaduhan tersebut.
Malah ada suara
dalam video berkenaan yang menghasut Laelia supaya terus memukul
Marcella selepas mereka diberitahu bahawa guru itu mempunyai hubungan
dengan suaminya.
Salah seorang
pelajar di dalam kelas itu, Miriam Gracia Adomo, 16, berkata, Marcella
mula menjerit dan memaki guru mereka sebaik masuk ke dalam kelas sebelum
dia membelasah Marcella.
“Ketika itu saya berlari mendapatkan bantuan guru-guru lain namun mereka hanya memerhatikan sahaja. Ia amat teruk,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah terbabit berkata, satu siasatan penuh akan dijalankan berhubung serangan terbabit .
“Serangan ini berlaku di sekolah kami dan tiada sebarang langkah yang diambil bagi menghentikannya,’’ katanya.
Post a Comment