'GOVERNMENT SUKA TIPU' DAN 13 LAGI MAKSUD 'SEBENAR' GST

1. GST = Geram Sangat Taw

Kalau diperhatikan reaksi rakyat Malaysia, memang ramai yang geram sangat dengan pelaksanaan GST sebab harga barang dipercayai akan naik.

2. GST = Gali Simpanan & Tabung

Harga barang semua naik, gaji tak naik, jadi mana nak dapat duit lebih? Terpaksalah gali tabung dan simpanan.

3. GST = Girls Sudah Takut

"Selepas ini harga barang semua akan naik, jadi macam mana nak pergi 'shopping'?" luah ramai wanita di luar sana.
4. GST = Good Shopping Time

Mungkin ada orang yang tak kisah sangat dengan GST. Ada GST atau tiada GST, setiap hari dan setiap masa ialah 'good shopping time' di mana jua mereka berada.

5. GST = Genuinely Stupid Trickery

Ramai orang mendakwa GST ini ialah satu helah kerajaan semata-mata untuk mengaut untung lebih di masa depan.

6. GST = Grow & Share Together

Bagi pihak kerajaan pula, salah satu pelaksanaan GST adalah untuk 'grow & share together' bagi menstabilkan semula ekonomi negara yang kini sedang lumpuh.

7. GST = Government Suka Tipu

“Saya bukan pakar ekonomi, senario kerajaan suka tipu ini sebelum cadangan pelaksanaan GST lagi. Kita tak perlu GST sekiranya ada pentadbiran kerajaan yang telus. Telus ini adalah seperti bebas daripada kronisme dan kurangkan rasuah,” ujar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

8. GST = Gangster Style Transactions

Sepertimana gangster mengutip wang daripada para pelanggan, begitu jugalah orang ramai mendakwa cara kerajaan mengaut duit rakyat.
9. GST = Goods Shoot Tinggi

"Selepas GST, hampir semua urusan jual beli akan dikenakan cukai. Ini sudah tentu akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan, dan inflasi akan melonjak dalam keadaan rakyat sudah pun terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan setakat ini," jelas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
10. GST = Growing Snatch Thieves

Semakin naik harga barang di pasaran, semakin meningkat kadar kecurian dan kes ragut di negara. Adakah hipotesis ini diterima?

11. GST = Gaduh Sampai Tua

Satu puak kata GST ini bagus, satu lagi puak kata GST ini tak bagus, siap buat kempen tolak GST besar-besaran. Sampai bila-bila tak akan selesai.

12. GST = Gabungan Semua Tax

Kalau GST ini merupakan gabungan semua tax, itu satu petanda tidak baik untuk rakyat.

13. GST = Good Sarawakian Tumpik

Satu strategi perniagaan bijak bagi peniaga ini. Nama GST yang sedang heboh sekarang ini ditukar kepada 'Good Sarawakian Tumpik'.

14. GST = Gerrard Suka Tapak?

Persoalannya, adakah Steven Gerrard juga terkena tempias kehangatan GST yang melanda negara kita?

Apa lagi maksud "sebenar" GST yang anda fikirkan? Kongsikan idea anda dengan kami pada ruangan komen di bawah.
\

Post a Comment

 
Top