Kuala
Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd
yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan
kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut sumber
SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran
radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia
dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High
Defination).
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
“Saya juga
difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini
secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau yang
enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran
ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang,
Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke
Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.
Fasa akhir ASO
melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98
peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV
dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.
Kualiti gambar
dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari
sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi
pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada
pengguna.
Segalanya
setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan
pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih
bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk
dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti
pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan
daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.
Selain Astro,
siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess
dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih
mahal daripada Astro.
Manakala siaran
berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah
‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.
Post a Comment