Bergelar
seorang pengarah tersohor, Erma Fatima sangat terkenal dengan sifatnya
yang lantang dan gemar berkias dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini
terbukti berdasarkan foto-foto dan kapsyen yang dimuatnaik olehnya di
Instagram.
Terbaru, foto
yang dimuatnaik oleh Erma mendapat kecaman hebat khususnya daripada
rakyat negeri Johor yang mendakwa Erma cuba mempersenda dan mempersoal
kedaulatan Sultan Johor.
Singa, Crown, Merah Biru?
Foto yang
memaparkan seekor singa memakai memakai crown sambil duduk di sebuah
kerusi berlatar belakangkan tirai berwarna biru dan biru itu menjadi
persoalan peminat.
Menerusi
kapsyen foto tersebut, Erma didakwa seolah mempertikai golongan berkuasa
yang mampu berbuat apa sahaja seperti mempersendakan bangsa sendiri.
Secara
kebetulan pada 23 Mac yang lalu telah berlangsung istiadat kemahkotaan
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor. Nak dijadikan
cerita, ada segelintir rakyat Johor ‘sentap’ dan mendakwa foto yang
dimuatnaik oleh Erma itu ditujukan buat Sultan mereka.
Tak Ada Sebab Saya Nak Kutuk Sultan Johor – Erma
Menerusi
ruangan komen foto tersebut Erma bagaimanapun menafikan dakwaan itu
sambil menyifatkan dirinya cukup menghormati sultan kerana itu lambang
kedaulatan bangsa.
Pada masa sama
Erma mengaku bertanggungjawab atas apa yang ditulis olehnya namun
bertegas tidak akan menurunkan post terbabit. Adik Erma, Umie Aida turut
mempertahan tindakan Erma, baginya langsung tiada kena mengena dengan
sultan.
Iyalah hanya
Erma je tahu apa yang cuba diperkatakan, mungkin dia cuba mengkritik
pihak lain namun lain pula jadi. Apa-apa pun harap rakyat Johor chill
okay, kebetulan je kot. Peace!
Post a Comment