KULIM
- Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan
berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di
khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi
kelmarin.
Ketika ditahan,
dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja
sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis
Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.
Setelah
pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai
Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air
kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kulim.
Dari
pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah
seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam.
Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya
menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menurut suspek,
dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu
ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.
Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.
Kerana tidak
puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan
polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol.
\
Post a Comment