Ni antara benda yang korang tak perlulah nak update kat social media tu.
Bukanlah tak boleh, tapi sesuai kot. Ni pendapat kitorg lah, bagaimana pula dengan korang, setuju atau tidak?
#1 Masalah korang dengan pasangan
Tahulah
bergaduh, tapi tak perlulah nak bagi tahu satu dunia apa yang tengah
berlaku diantara korang berdua. Untuk pengetahuan semua, orang lain tak
nak tahu dan tak ambil tahu pun, orang mengata lagi ada lah (opss!).
#2 Pandangan peribadi tentang kerja korang
Kalau ada
masalah dengan kerja, boss ataupun rakan sekerja yang lain, sila bawa
berbincang dan cari jalan penyelesaian. Jangan pula korang pergi update
status tak puas hati atau merungut kat sosial media cakap "I hate my
job".
#3 Jumlah duit yang korang ada
Tahu banyak
duit, tapi tak perlulah beritahu semua orang yang duit korang tu banyak.
Takut sesuatu yang buruk berlaku bila orang tahu korang berduit.
Hati-hati tau!
#4 Gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semenggah
Nak bergurau
boleh tapi janganlah sampai post gambar kawan-kawan korang tak berapa
nak 'senonoh' tu kat Facebook, Instagram Twitter atau sebagainya.
Kesian kat kawan-kawan korang tu.
#5 Kerja orang yang korang rembat tanpa kredit
Amboi! Pandai
guna hasil kerja orang lain, tapi tak nak kredit. Dah lah tak kredit,
siap share lagi kat lagi kat sosial media tau. Ish ish!
#6 Perbualan peribadi
thedish.com
Ni lagi satu,
bila orang hantar mesej kat korang, tak payahlah beria nak post
perbualan tu kat sosial media. Tak berap anak sweet kot. Ada sebab
kenapa orang hantar per dan bukan post kat Facebook atau Twitter.
Hello!
#7 Maklumat peribadi yang dikongsikan
Tak perlulah nak kongsi semua benda kat sosial media. Bukan semua orang nak tahu cerita korang dari A sampai Z pun.
#8 Pendedahan maklumat sulit
Jangan kongsi
maklumat peribadi korang seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor
kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya. BAHAYA!
Post a Comment