Ada
banyak kepercayaan Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda
alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga
menganggapnya sebagai kepercayaan tahyul.
Tanda-tanda alam itu dikatakan boleh memberi gambaran maksud samada petanda ia negatif atau positif.
1. Jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.
2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.
3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.
4. Sekiranya
langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang
raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya (kepercayaan masyarakat
zaman kesultanan Melayu dahulu kala)
5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda akan turunnya hujan pada hari tersebut.
6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut atau puting beliung.
7. Jika banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.
8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.
9. Sekiranya
ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan
rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah.
10. Namun jika kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.
11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak ‘mengiyakan’ percakapan kita.
12. Sekiranya
kita berjalan dan ada binatang melintas di depan juga mempunyai beberapa
maksud. Jika kucing yang melintas jalan kita di depan, itu membawa
maksud akan bertemu rakan anda sepanjang dalam perjalanan tersebut.
13. Jika biawak
pula yang melintas, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui
kepercayaan inilah wujudnya peribahsa ‘Biawak Hidup’ yang menyamakan
dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan hidup
orang lain.
14. Sekiranya
kita didatangi serangga tertentu seperti kala jengking, katak,
cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, sebaiknya tidak diganggu
atau dibunuh. Sewajarnya ia dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran
makhluk serangga sepertini terjadi secara alamiah.
15. Seseorang
yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu,
dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.
Walaupun
kebenaran dari tanda-tanda yang terjadi ini adakalanya banyak diragui,
namun masyrakat Melayu terdahulu menganggap memang wujud hubungan antara
kejadian-kejadian tersebut dengan alam spiritual disekeliling
Info diatas
bertujuan sekadar memberi gambaran bahawa masih ada lagi segelintir
masyarakat Melayu yang mempercayai amalan kuno ini, biarpun beberapa
kepercayaan ini telah lupus dimamah zaman, tetapi masih wujud lagi di
sesetengah tempat dimana mereka mengamalkan amalan tersebut.
Bagaimanapun berbaliklah berpeganglah pada kitab ajaran Islam, dan percayalah disetiap kejadian itu adalah atas kekuasaanNYA.
Post a Comment