Tindakan
Johan Raja Lawak yang mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum
sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki
Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena
Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.
Imam Masjid
Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya
hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri
tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara
terbuka.
Jelasnya,
perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum
kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum
berkhawin.
“Kita juga
harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan
semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,” katanya
sewaktu dihubungi Free Malaysia Today bagi mendapatkan penjelasan
perkara itu.
Bukan itu
sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat
suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah
berubah mengikut keadaan.
“Contohnya
sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana
pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di
luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang
lain.
“Begitu juga,
cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang
ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,”
katanya.
Post a Comment