Jamaluddin Jarjis antara 'Think-tank' dalam pentadbiran Najib. Sungguhpun dia bukan menteri lagi namun peranannya dalam penting dalam pentadbiran Najib terutamanya dalam memastikan Najib terus bertahan sebagai perdana menteri Malaysia. 

Banyak perkara mereka berbincang dan memutuskan untuk melakukan bersama-sama dengan Jamaluddin Jarjis antara pimpinan UMNO yang berperanan memastikan UMNO terus menyokong kepimpinan Najib walaupun ketika ini Najib diserang oleh orang-orang sendiri.



Jamaluddin Jarjis bukan sebarang wakil rakyat. Dia antara yang rapat dan penasihat Najib dalam banyak hal. Bahkan pemain utama dalam banyak perkara.
Masa hari sabtu hari tue. Ketika Jamaluddin Jarjis diumumkan antara individu yang terkorban dalam nahas helikopter. Najib yang berada di Pahang turun serta merta bersama isteri, anak dan menantunya.
Najib ke lokasi nahas.
Najib mengadakan satu sidang media khas.
Aku boleh nampak riak muka Najib. Riak muka yang sedih bercampur keliru dan rungsing.
Bukan satu, bukan dua tapi tiga individu penting dalam pentadbirannya hilang sekelip mata.
- Mohd Po'ad Jelani.
- Azlin Alias
- Jamaluddin Jarjis
Watak-watak penting dalam kepimpinan Najib maut akibat sakit dan nahas kemalangan udara.
Po'ad Jelani menjalani rawatan kanser di Singapura. Dan entah macam mana dia akhirnya mati ketika menjalani rawatan tersebut. Arwah meninggal pada 31/3. 
Namun kesedihan yang ketara terpancar di wajah Najib apabila Jamaluddin Jarjis dan Azlin diumumkan antara mangsa nahas helikopter. Kenyataan media Najib dibaca tanpa emosi dan kefahaman. Nampak sangat dia tatau apa yang dia baca. Tiba-tiba cerita pasal bangsa, agama dan negara dalam mengulas nahas helikopter. Nampak sangat Najib tengah sasau jiwa bila kehilangan orang penting. Aku nampak dia memang sedih la. Ada juga ahti perut bila hilang kawan baik dan rakan seperjuangan.
Sebab tue aku tak pelik Jamaluddin Jarjis dikuburkan di masjid negara. Ini membayangkan betapa individu ini sangat penting dalam jiwa Najib. Najib terkesan dari segi emosi.
Oke. Ada macam-macam spekulasi juga sebenarnya bila perkara itu berlaku. Ada yang tertanya-tanya kenapa dalam jangka masa singkat, Najib kehilangan 3 individu penting dalam pentadbirannya. Ada juga yang menyambut baik dengan kematian Jamaluddin Jarjis. Pada mereka, kurang lagi seseorang yang sering memberikan nasihat yang salah kepada Najib. Ada juga yang pelik dengan kecelaruan maklumat yang tersebar. Saksi A cakap begini, saksi B cakap begitu. Dan aku tertarik dengan laporan pemberitaan yang tersiar di Awani pada sabtu lepas.
Pada mulanya Awani melaporkan ada terima maklumat menerusi SMS. Tampil seorang saksi yang Awani enggan sebutkan siapa atas alasan nak verify info (tapi p sebar di tv pula, adui) terlebih dahulu. Saksi tersebut melaporkan nampak helikopter yang sama (yang terlibat dalam nahas) berpatah balik dan mendarat selepas terbang sekejap. Konon ada masalah teknikal. Perkara itu berlaku di lapangan Subang.
Kemudian Awani melaporkan kenyataan kapten Lee. Kenyataan kapten Lee pada aku neh kira penting juga sebab kapten Lee seolah-olah menafikan faktor cuaca berperanan menyebabkan helikopter tersebut terhempas.
Kapten Lee ialah saksi udara dan satu-satunya saksi di tempat kejadian ketika nahas berlaku. Kapten Lee juga ialah individu pertama yang laporkan kemalangan tersebut kepada menara kawalan sebelum pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum kesemua 6 penumpang helikopter terbabit disahkan mati di tempat kejadian.
Info yang dikongsikan oleh kapten Lee ;
- Cuaca dalam keadaan cerah meskipun hujan renyai-renyai = hujan panas
- Cahaya matahari masih ada (bukan gelap atau ditutupi awan)
- Sebelum terhempas mereka sempat berhubung dan update tentang ketinggian masing-masing
- Helikopter tidak terbakar atau meletup di udara
- Sebaliknya tiba-tiba jatuh menjunam ke bawah terus
- Dan selepas jatuh, asap hitam muncul
- Kapten Lee mengatakan selang beberapa minit selepas mereka berselisih, dia menoleh semula ke arah helikopter tersebut dan nampak helikopter tersebut menjunam ke bawah
- Dia tak boleh berhenti dan menuju ke lokasi nahas kerana sedang membawa orang namun segera hubungi menara kawalan dan maklumkan tentang kejadian
Jika diperhatikan sebelum neh beberapa saksi melapor nampak helikopter terbakar / berapi ketika sedang terbang lagi.
Bahkan ada saksi yang melapor ketika itu hujan sangat lebat.
Tapi info tersebut bercanggah dengan apa yang dikongsikan oleh kapten Lee. Saksi pertama dan tunggal di udara.
Untuk rekod, kotak hitam helikopter telah pun selamat ditemui dan akan disiasat oleh pakar dari UK. Siasatan akan diumumkan sebulan dari sekarang. Dalam pada kita bersimpati dengan 6 penumpang dalam kejadian tersebut, salah seorang mangsa nahas turut menjadi bualan masyarakat.
Berikut adalah 6 mangsa nahas helikopter.
1) Tan Sri Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA
2) Datuk Robert Tan - Ahli perniagaan dari Kedah dan Pengarah Urusan Kumpulan IGB
3) Datuk Seri Azlin Alias - Ketua Setiausaha Sulit Di Pejabat Perdana Menteri
4) Ajdiana Baiziera - Co Pilot
5) Pilot Capten Cliff Fournier 
6) Mohd Raskan Seran, 32 - Bodyguard Jamaluddin Jarjis
Wajah Adjiana seperti yang tersebar di laman sosial. Perlukan pengesahan lanjut.


Ajdiana mula menjadi tumpuan apabila ;
- Menteri pengangkutan umumkan Ajdiana ialah pembantu juruterbang
- Namun dinafikan oleh DCA. DCA tidak maklumkan peranan Ajdiana cuma maklumkan helikopter jenis itu tidak memerlukan pembantu juruterbang
- Syarikat yang mengendalikan helikopter itu juga menafikan peranan Ajdiana sebagai co. pilot.
- Dan Adjiana satu-satunya mangsa yang tidak dituntut oleh waris selepas sehari insiden nahas. Namun akhirnya identiti Ajdiana mula dibongkar sedikit demi sedikit selepas waris datang menuntut mayat mangsa. Adjiana ialah seorang wanita bujang yang belum berkahwin dan berasal dari Kyrgyzstan. Adjiana datang ke Malaysia pada tahun lepas dan telah berada di Malaysia kira-kira setahun untuk bekerja dengan jawatan yang tidak dapat dipastikan apa. Kakak kepada Adjiana juga enggan bercakap dengan pemberita untuk sesi temubual ketika hadir dalam proses pengecaman mayat di HKL siang tadi.
Peranan Adjiana satu hal.
Peranan Robert Tan jangan dilupakan juga. Seorang ahli perniagaan. Kalau baca-baca spekulasi orang Robert Tan neh proksi Jamaluddin dan 'sponsor' Najib dalam pergerakan politik. Di mana ada JJ + bisnes, disitu ada Robert Tan. Kawan baik dalam proksi perniagaan.
Yang neh aku pun tak boleh nak sebut sebarangan. Silap sebut ke lokap la aku tak memasal.
Cuma aku tengok dalam membaca komen-komen orang tentang insiden kemalangan neh ada juga yang beranggapan ia seolah-olah sesuatu yang dirancang. Bukan sekadar kemalangan biasa. Mungkin benar mungkin tidak. Tapi terasa bodoh pula bila baca kemalangan heli tue sebenarnya nak tutup mulut rakyat dalam mengkritik isu GST. Aku tak nafikan yang kerajaan mungkin akan gunakan isu tertentu untuk alih perhatian rakyat tapi bukan dengan cara macam neh apatah lagi mengorbankan watak-watak penting dalam hidup Najib. 
Aku boleh nampak memang Jamaluddin neh penting dalam hidup Najib melalui riak muka Najib je. Nampak benar dia sedih gile. Ini kali kedua aku baca riak wajah dia ikhlas. Yang pertama pasal apa tah. Aku tak ingat. Tapi cerita pasal kematian orang neh tak elok juga kita buat main-main. Cuma kalau betul wujud unsur-unsur sabotaj, aku harap kes neh boleh disiasat seadilnya. Dan kalau sungguh ia hanyalah kemalangan yang tidak di undang, maka redha la semua. Tak perlu karang kronologi merepek kot. Yang dah mati dah tentu tempat mereka. Kita yang hidup neh nak mengadap GST lagi. Lue fikirlah sendiri.
Bai.

SUMBERv

Post a Comment

 
Top