Kebanyakan
lelaki sekarang berminat menjaga penampilan diri. Mereka merasakan amat
bangga mempunyai badan yang sasa dan gagah serta mempunyai otot
berketul-ketul atau lebih glamour dengan panggilan sado. Dengan berbadan
sado, lelaki menganggap diri mereka akan tampak lebih hebat dan dapat
menarik perhatian wanita dengan lebih mudah.
Bagi kebanyakan
wanita pula, mengenakan alas bedak, bedak, gincu, pembayang mata dan
pemerah pipi dan apa saja alat kosmetik yang boleh membantu mencantikkan
wajah mereka itu diyakini boleh membuatkan mereka kelihatan sangat
cantik di mata para lelaki.
Namun berbeza
bagi dua orang insan ini apabila berlaku pertembungan antara sado dan
cantik bersolek. Agaknya pandangan siapa yang sebenarnya betul?
Apa pendapat anda?
Bagi kami, cukuplah cantik dan gagah pada pandangan Maha Pencipta kita :) Jika dapat lebih dari itu, anggaplah ia bonus. Syukur!
Post a Comment