Hai dah macam skrip drama pulak.
Seorang wanita
cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat
naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kembali dengan jejaka
kacak yang ditemuinya di MRT Singapura, baru-baru ini.
Video ini telah
menjadi viral di mana ramai pihak berkongsikan rakaman video gadis
tersebut yang membuat pengakuan telah jatuh cinta terhadap jejaka
idamannya itu.
“Adakah anda
pernah mempunyai seseorang yang sangat menarik hati anda, tetapi anda
tidak melakukan apa-apa apabila melihatnya? Ya, perkara itu terjadi pada
saya dan malangnya saya tidak berbuat apa-apa mengenainya.
“Jadi saat ini
saya akan melakukan sesuatu. Saya perlu bantuan anda semua untuk
menemuinya,” kata wanita tersebut menerusi video berdurasi lebih satu
minit itu.
Wanita ini juga menyertakan gambar lelaki dambaannya itu yang sememangnya sangat kacak dan persis seorang model.
Mungkin jika
ramai yang share video ni, berkemungkinan besar wanita ini boleh jumpa
balik jejaka ini, tapi ada juga pelayar Internet mengatakan entah-entah
hatinya akan bertambah kecewa sekiranya mengetahui lelaki tersebut sudah
pun berpunya atau pun suami orang.
Ada betul juga
tu, namun tak kurang ramai juga yang memuji tindakan berani wanita
tersebut menyatakan isi hatinya yang boleh dilihat oleh masyarakat
seluruh dunia.
Tak tahulah kalau lelaki yang dimaksudkan tu dah tengok ke belum video ini?
Kalau dah tengok, anda rasa apa agak-agaknya reaksi dia ya?
Post a Comment