Bangalore: Ketika India dilaporkan terus dicengkam masalah serangan seksual, keberanian seorang wanita mengajar lelaki mengganggunya menjadi perhatian ramai.

Rakaman aksi berani Veena Ashiya Chindlur itu semakin tersebar di Internet sejak semalam selepas media melaporkannya.

Berdasarkan laporan, Veena dikatakan sedang berjoging apabila seorang lelaki, KR Suryaprakash, 30, datang mengganggunya secara seksual.

Sumber berkata, Veena berjoging di kawasan berkenaan setiap hari.
Berang dengan sikap Suryaprakash, Veena tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas begitu saja, sebaliknya dia mengejar sehingga penyerangnya kepenatan.
Rakaman menunjukkan Suryaprakash mula mengalah dan mengikut arahan Veena apabila disuruh melutut sebelum merangkak.

Tanpa berlengah Veena menendang kepala Suryaprakash dengan kuat.

Sumber polis berkata, Suryaprakash ditahan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Veena pula berkata, polis bekerjasama dalam hal itu, namun reaksi segelintir masyarakat prejudis terhadap tindakannya membalas sukar difahami.

\

Post a Comment

 
Top