Sebelum ini timbul kontroversi “PANAS! Sasha Dedah Perbuatan Jijik Pelawak Terkenal! yang sering meminta gambar lucah dan mesej-mesej yang berbaur seks.
Ekoran dari itu Zizan Razak yang merupakan pelawak dikaitkan dalam isu ini malah terdapat desas-desus mengatakan bahawa pendedahan ini dirancang oleh bekas kekasihnya itu bagi menjatuhkan Zizan. Namun Zizan Razak sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut.
Saya Tidak Mahu Ambil Tahu - Emma Maembong
Kontroversi yang melanda Zizan Razak kala ini berlaku dua bulan selepas “Emma Maembong Sah Sudah Putus Cinta Dengan Zizan Razak
Ketika ditanya oleh Zuan Azmi dalam program Melodi TV3 sama ada benar Emma Maembong mengenali dua wanita yang membuat pendedahan mengenai kelakuan Zizan, Emma Maembong memberitahu bahawa dia sudah tidak ambil tahu mengenai hal tersebut. Lagipun hubungannya dengan Zizan sudah berakhir dan menganggap semua yang berlaku ada hikmah yang sudah tertulis. 
Saya Tidak Mahu Ambil Tahu Dah - Emma Maembong
“Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh. Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma.”
Ketika ditanya sama ada Emma Maembong menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan tidak suka Emma hingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila mendapati Emma turut berada di tempat itu, seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan Emma, dia memberitahu dia tidak ambil tahu.
“Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.”
“Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.”
“Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.
Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.”
“Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang.”
Dengan penafian Emma Maembong dapat disimpulkan bahawa Emma bukanlah ‘dalang’ yang didakwa penyebab kepada kontroversi yang kini melanda Zizan Razak. Dalam pada itu, Emma mengakui dia kini sedang rapat dengan seorang pelakon lelaki namun tiada apa-apa yang istimewa buat masa ini.

Post a Comment

 
Top