PENJAGAAN PAYUDARA 
Payudara merupakan aset berharga kaum wanita.  Banyak perbezaan dari segi penjagaan ketika remaja, sesudah berkahwin dan selepas melahirkan.  Disamping menjaga pemakanan, pemeriksaan sendiri juga harus dilalukan untuk mengelakkan terjadinya sebarang masalah pada payu dara. Mari cuba praktikkan petua penjagaan ni.  In sya Allah.. Berhasil.. cubalah ea..

PETUA PENJAGAAN PAYUDARA 

1) Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit.   Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

2) Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara.  Elakkan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

3) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. 
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada.   Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. 

4) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam.   Sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

5) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

6) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. In sya Allah mujarab.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Post a Comment

 
Top