Cukup dikenali sebagai pelakon versatil satu ketika dulu tetapi sejak mendirikan rumah tangga, aktres putih gebu, Zizie Ezette, 36, mula menyepi daripada dunia lakonan dan tumpuan sepenuh diberikan kepada suami dan keluarga.

Meskipun agak lama tidak bergiat aktif dalam industri seni, kemunculannya pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada Ahad lalu tetap mencuri tumpuan ramai.

"Tiada apa-apa perkembangan terbaru dan sensasi untuk saya kongsikan. Saya menjalani kehidupan yang biasa-biasa saja.

"Saya selesa dan seronok dengan kehidupan 'low profile'. Kali ini pun saya datang kerana dijemput sebagai penyampai anugerah. Jika tidak terlibat dengan apa-apa, saya lebih suka menonton di rumah saja.

"Sebenarnya, sejak dari dulu lagi saya memang 'low-profile' dan tidak suka dunia glamor tetapi kerjaya membuatkan saya dikenali ramai orang.

"Saya lebih senang dan suka berada dalam dunia saya sendiri bersama keluarga dan kawan-kawan saya sendiri. Saya selesa macam tu," katanya sambil tersenyum ketika ditemui pada acara karpet merah ABPBH 2014, di Genting Highlands, baru-baru ini.

 Zizie Ezette dan Shaheizy Sam sewaktu di majlis ABP2014 pada Ahad lalu.

Akui Zizie, dia merindui mahu kembali ke dunia lakonan tetapi sebelum itu dia berazam menurunkan berat badannya dulu.

"Saya rindu nak berlakon, memang saya mahu buat 'comeback' tetapi saya mahu turunkan badan saya dulu sebelum membuat kemunculan semula nanti," katanya.

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan mahu berlakon bersama adiknya, Shaheizy Sam, jawab Zizie:

"Saya pernah terfikir nak berlakon dengan Sam tetapi saya takut nanti kami lebih banyak gelak. Takut rasa janggal tetapi tidak tahu jika akan datang ada apa-apa projek," katanya ringkas.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kira-kira 6 tahun lalu.

Perkahwinan mereka pada awalnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
\

Post a Comment

 
Top