Di
Malaysia, istilah malam pertama sudah semestinya tidak asing lagi.
Malam pertama adalah sebuah istilah di mana pasangan suami dan isteri
yang baru bernikah melakukan hubungan seks untuk pertama kalinya setelah
bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang sebenarnya yang berlaku,
ramai diantara pasangan yang sudah bernikah tidak melakukan hubungan
seks di malam pertama. Ketahui 5 sebab tiada hubungan seks di malam
pertama selepas bernikah dengan meneruskan bacaan anda.
1. Terlalu Penat
Majlis
perkahwinan sudah semestinya menghabiskan banyak tenaga. Pengantin
terpaksa bangun seawal pagi untuk disolek dan melakukan pelbagai perkara
hingga majlis perkahwinan berlangsung.
2. Pengantin Wanita Bad Mood
Ada juga alasan
lucu iaitu mood pengantin wanita terganggu ketika majlis perkahwinan.
Suami berlawak dengan mengatakan makeup yang dikenakan tidak sesuai dan
cuaca majlis terlalu panas mampu membuatkan mood pengantin wanita
terganggu.
3. Simpan Untuk Bulan Madu
Sebab lain
tiada hubungan seks di malam pertama adalah ingin melakukan hubungan
seks ketika berbulan madu. Jika dilaku dirumah selepas majlis
perkahwinan, pasti suasana masih sibuk dan tidak selesa. Oleh sebab
itulah, ramai memilih untuk melakukan hubungan seks ketika berbulan
madu.
4. Keluarga Ajak Berbual
Majlis
perkahwian pasti dihadiri ramai ahli keluarga terutamanya keluarga yang
sudah lama tidak berjumpa. Oleh yang demikian, ahli keluarga ini bersuai
kenal dengan pengantin baru dan memberikan sedikit nasihat disamping
berbual hingga larut malam. Kesannya, pengantin berasa penat dan
terpaksa menunda hubungan seks di malam pertama.
5. Majlis Perkahwinan Yang Lama
Kalau dulu,
majlis perkahwinan hanya dijalankan sehari sahaja. Namun sekarang,
majlis perkahwinan dilakukan lebih dari sehari. Ada yang melakukan
majlis perkahwinan selama 3 hari berturut-turut dengan pelbagai adat
dilakukan.
Post a Comment