KUALA
LUMPUR: Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi
ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks
kaum lelaki.
Si pelaku
menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak
dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya.
Pemilik akaun facebook GfSiapaNi antara yang dikenalpasti aktif memuatnaik gambar-gambar remaja dan wanita.
Ia mempunyai hampir 20,000 pengikut di mana sebahagian besar komen berbaur lucah pada setiap gambar wanita yang dipaparkan.
Mengulas gejala
yang berlaku Pakar Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohd Ghaffar
berkata, tindakan itu dikenali sebagai ‘paraphilia’ iaitu kepuasan seks
yang diperoleh melalui objek.
“Ia turut
dipanggil ‘sexual fetishism’ iaitu sejenis ketagihan seks di mana
individu mendapat kepuasan dengan melihat gambar,” katanya kepada The
Rakyat Post.
Sementara itu,
bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
bimbang kecanggihan teknologi menyumbang kepada penyakit psikologi di
kalangan lelaki.
“Ini merupakan satu penyakit yang dah lama wujud tetapi kini disuburkan kembali dengan kemajuan teknologi sekarang” ujarnya.
Menurut Mohd
Asri, perkara sebegitu dapat dibendung sekiranya wanita menjaga
penerampilan mereka dalam apa juga keadaan termasuk ketika memuatnaik
gambar di laman sosial.
“Golongan
wanita disuruh untuk menjaga pakaian dan penampilan terutama pada zaman
sekarang, gambar kita boleh diambil tanpa disangka.
“Sepertimana
yang dinyatakan dalam Al Quran, wanita disuruh untuk menutup aurat, yang
demikian itu supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik,” katanya.
Post a Comment