DUNGUN -Tiga pasangan sedang asyik berasmara ditahan dalam keadaan separuh bogel dalam dua operasi berasingan Ops Tapis habisan yang dilakukan di sekitar Paka, di sini.

Tiga pasangan itu antara 23 lelaki dan wanita yang berjaya ditahan dalam Opss Tapis yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dungun.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 3 wanita berusia di antara 19 hingga 44 tahun termasuk tiga pasangan kekasih kerana disyaki terlibat dalam kes-kes penyalahgunaan dadah dan berkhalwat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, menerusi operasi pertama serbuan dilakukan di sebuah hotel desa di Paka yang berjaya menahan dua pasangan di dalam bilik berasingan.

“Ketika serbuan di bilik pertama didapati seorang lelaki bujang bersama seorang janda berusia 28 tahun sedang berpelukan dan berada dalam keadaan separuh bogel dan sedang tidur.

“Turut dijumpai 90 biji pil kuda dan 10 gram syabu bersama-sama janda itu, serbuan dilakukan dengan menggunakan kunci pendua dan alat pemotong besi.

“Manakala, di sebuah lagi bilik pasangan muda berusia 18 dan 23 tahun sedang asyik berkucupan dan berpeluk ditahan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima biji pil kuda dalam poket seluar lelaki tersebut,” katanya.

Kata Ahmad Zailani, hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati kedua-dua pasangan itu positif dadah dan pernah ditahan sebelum ini dengan kes yang sama, serta kes mereka diserahkan kepada Majlis Agama Islam Dungun kerana disyaki berkhalwat.

“Menerusi Operasi itu juga seramai 13 lelaki ditahan termasuk dua daripadanya berada di luar hotel desa yang diserbu, manakala selebihnya di sekitar Paka dan kesemua mereka disahkn positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya kepada Sinar Haria.

Beliau berkata, serbuan KEDUA yang diketuai Isp Mohd Ridhuan Ismail bersama tujuh lagi anggota dilakukan di Nibong stesen iaitu di dua rumah berasingan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 tahun.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor dan berjya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai pengedar dadah bersama rampasan tiga botol heroin dengan anggaran berat 15.3 gram.

“Manakala di sebuah bilik sepasang kekasih berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam keadaan sedang berpelukan selain ketika itu terdapat ibun kandungnya di dalam rumah berkenaan yang disyaki bersubahat,” katanya.

Kata beliau, pasangan tersebut didapati positif dadah manakala seorang lagi lelaki berusia 29 tahun turut ditahan di luar rumah ketika sedang leka.

Post a Comment

 
Top