Dua hari lepas Datuk Seri Najib Razak yang muncul di kaca TV menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

dalam video yang dimuat nail di blog 'Din Turtle', Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura.

Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu ketika jambatan bengkok dari Johor Bari Ke Singapura itu mula dicadangkan pada tahun 2006 menyokong projek itu.

Dr Mahathir mandakwa, apabila najib mengambil alih tampuk pemimpin negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberp dasar yang mereka persetujui ketik Dr Mahathir manjadi perdana menteri dan Najib Menteri Kabinet.

"harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan itu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah..Perkara yang kita bersetuju semsa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak lah tak buat.

"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setujuh atau tidak setujuh pun, kami nak buat...lepas tu bila jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu, "Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. pasal dia janji, bukan untuk saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa saya, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.

Mahathir Kini Dedah Rahsia Najib.

Dalam wawancaraa beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkkat, Dr Mahathr mahu bantuan Rakyat 1 malaysia (BR!M) dimansuhkan dan projek "Jambatan Bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habismengkritiknya.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat...Misalnya dia tak setuju BR!M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

Projek jambatan bengkok mengakibatkan meruntuhkan tambak Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina.

Singapura menentang hebat cadangan merobohkn tambak dan menbina jambatan benngkok itu.

Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata, "Pasal bridge ini, kalau tak dapat, saya mati la."

Dr mahathir mengesahkan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerna hanya menurut kemahuan Singapura.

"Kalau Singapura tak nak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya...itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bagaimana tambak itu kepunyaan kita??

"Jadi, bila saya dapati ad oraang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuaan Singapura untuk buat benda di negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita??"

Dalam satu video klip berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi mengesakan tidak bersetuju dengan BR!M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya.

Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajik diberi kepada orang meskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan melebihi RM3000.00.

"Saya tak setuju dengan BR!M kerana saya tak suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?

Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terang, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat."

Post a Comment

 
Top