Trend memukul wanita yang disyaki menjadi perempuan simpanan kini menjadi perkara biasa di China.
Dalam insiden
terbaru, seorang wanita telah dipukul sebelum seluar dalamnya ditarik
dan cuba dilondehkan di hadapan khalayak ramai di luar sebuah pusat
beli-bela di Datong.
Wanita itu dipukul oleh beberapa wanita, selepas dia disyaki meniduri suami kepada salah seorang wanita terbabit.
Meskipun orang
ramai berada di situ, mereka tidak membantu sebaliknya hanya memerhati
atau pun merakamkan aksi itu sebelum dimuat naik di media sosial.
Manakala polis pula menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan justeru sukar untuk membuat siasatan.
Menurut seorang
pekedai di situ, Zhu Feng, 35, perbuatan berkenaan adalah bagi mengajar
wanita lain supaya tidak cuba merampas suami mereka.
“Wanita itu wajar diajar sedemikian rupa supaya mereka meninggalkan dan tidak mengganggu suami kami,’’ katanya.
Post a Comment