KUALA
LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah
Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing
hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu
Menurut sumber,
pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan
hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung
sampai mati.
"Pertemuan itu
disertai bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.
BERITA BERKAITAN : Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir
"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.
"Piah merayu
dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari
hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul
menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada
Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Mahfuz turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Pertemuan itu difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.
Sirul yang
dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini
berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di
Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas
berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Dalam pada itu
kata sumber berkenaan, Piah juga menjelaskan Sirul telah menerima arahan
dan benar-benar teraniaya dalam kes berkenaan.
"Piah merayu
kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya
menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan
menjadi mangsa," kata sumber itu.
Dalam pada itu,
sumber itu juga menghantar beberapa keping gambar pertemuan tertutup
berkenaan dan jelas Khairuddin serta Mahfuz kelihatan bersama di dalam
perbincangan berkenaan.
Bagaimanapun, usaha Astro AWANI untuk menghubungi kedua-dua mereka masih gagal.
Sebelum ini, Dr
Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri
dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.
Dr Mahathir
turut menjelaskan, dia hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah
kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
Mahfuz turut dilaporkan sebelum ini mengaturkan pertemuan antara Piah dengan Dr Mahathir.
Mahfuz
dilaporkan berkata, Piah ingin 'memberitahu sesuatu' yang ada kaitan
dengan anaknya yang didapati bersalah membunuh Altantuya kepada
negarawan itu.
Post a Comment