Aku
merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami
telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk
melangsungkan pertunangan.
Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, adik awek aku iaitu Farah yang lebih awet muda dan sangat cantik.
Calon adik ipar
aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tidak
memakai bra. Jika di rumahnya Farah seolah-olah sengaja dan sering
membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering terpaksa melihat
kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar
itu.
Suatu hari aku
berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Farah seorang
diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di
dalam rumah.
Hari itu Farah
mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku
cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar
rumah namun usahaku hanya sia-sia.
Sedang asyik
berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia
sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi.
Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku
sekali sebelum aku menikahi kakaknya.
Aku benar-benar
terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan
dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata “Farah
ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Farah.”
Aku merasa saat
itu seluruh badan aku gementar melihat Farah selangkah demi selangkah
perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya.
Ketika berada
di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah
aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan
berlari keluar menuju ke keretaku.
Tiba-tiba
kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga
dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan.
Awek aku
tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk
mengucap tahniah, “Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu
telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak
mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita.
Post a Comment