Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika bersetubuh tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki.

Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. 

Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan.

Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa bersetubuh, jika ia dilakukan dengan cara yang halal . Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat.

Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila mengadakan hubungan kelamin. Faktor ini menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada hubungan kelamin, begitulah juga dengan kaum perempuan.

Tetapi perlu difahami bahawa jimak itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan, bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat.

Pertamanya, isteri payah kerana terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih. Keduanya, isteri akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika bersetubuh , keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya. 

Ketiga, anggota badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak. Keempatnya, dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak. Kelima, dia akan merasa jerih payah bila membesarkan anak, bersengkang mata, dan mendidiknya agar anaknya menjadi manusia soleh. Menyedari tentang kepayahan ini , suami sepatutnya bertimbang rasa kepada isteri ketika bersetubuh.

Allah s.w.t telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada perempuan apabila ia disetubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat menjimak isterinya dengan baik, ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan mengimbangi kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya, maka suami patut melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam jimak bergantung kepada samada isterinya mendapat kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana bersetubuh itu tugas saling memberi dan menerima antara dua hati. Menjimak isteri tidak semestinya memberikan kenikmatan kepadanya, mungkin dia merasa sakit, atau tidak puas, tetapi dia malu untuk menyatakannya.

Maka suami patut mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya, dari berbagai segi, bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan Dengan itu maka jimak akan dapat dilakukan dengan lebih adil dan bertanggung jawab, bukan sekadar memuaskan nafsu sendiri dan menunjuk kegagahan. 

Post a Comment

 
Top