Akhbar terkemuka di United Kingdom (UK), The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel tulisan Paul E. Vallely bertajuk, Bagaimana Para Pereka Cipta Muslim Mengubah Dunia menarik untuk dikongsi.
Sungguhpun akhbar tersebut telah menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, namun di ruangan yang agak terhad ini akan diketengahkan lima ciptaan inovasi terhebat umat Islam pada abad pertengahan.
Menariknya lagi, ciptaan tersebut sehingga ke hari ini masih berguna dan popular.
Kopi
Kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular itu dengan masyarakat Islam.
Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab.
Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok.
Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan.
Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak, budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad.
Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice. Walaupun pada mulanya, kopi itu dianggap sebagai sebagai “minuman Muslim" oleh pihak gereja Katolik, tetapi kini ia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah.
Kedai-kedai kopi pada era 1600-an telah menjadi tempat ahli-ahli falsafah bertemu dan membincangkan isu-isu seperti hak-hak manusia. peranan kerajaan dan demokrasi. Perbincangan itu telah melahirkan satu pergerakan intelektual yang paling berkuasa di dunia moden hari ini.
Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.
Pemberian ijazah universiti
Dalam sejarah awal Islam, masjid turut memainkan peranan sebagai sekolah. Orang sama yang mengetuai solat akan mengajar kumpulan pelajar tentang sains Islam seperti al-Quran, fiqh (perundangan) dan hadis.
Sejajar dengan perkembangan tamadun Islam, wujud keperluan untuk mewujudkan satu institusi formal yang dikenali sebagai madrasah yang dikhususkan untuk bidang pendidikan.
Madrasah formal pertama adalah al-Karaouine, yang diasaskan pada 859 Masihi oleh Fatima al- Fihri di Fes, Maghribi.
Sekolahnya berjaya menarik beberapa ulama terkemuka dari Afrika Utara serta pelajar-pelajar pintar. Di al-Karaouine, pelajar diajar oleh guru-guru untuk beberapa tahun di dalam pelbagai subjek daripada sekular kepada agama.
Pada akhir program itu, mana-mana pelajar yang berjaya akan diberikan sijil yang dikenali sebagai ijazah yang mengiktiraf bahawa pelajar itu memahami apa yang diajarkan dan juga layak untuk mengajar pelajar lain.
Pemberian ijazah yang pertama oleh institusi pendidikan itu telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia Islam. Antara yang terawal mengambil langkah sama adalah Universiti Al-Azhar yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada 970 Masihi dan kerajaan Seljuk telah menubuhkan puluhan madrasah di seluruh Asia Barat pada tahun 1000-an.
Konsep institusi pendidikan yang memberikan ijazah itu turut merebak ke Eropah melalui orang Islam Sepanyol. Universiti Bologna di Itali dan Oxford di England yang diasaskan pada abad ke-11 dan ke-12 telah meneruskan tradisi Islam memberikan ijazah kepada pelajar yang berjaya, dan menggunakannya sebagai penentu kepada tahap kelayakan seseorang dalam mata pelajaran tertentu.
Pancaragam tentera
Ramai pelajar yang belajar di sekolah dan universiti di dunia Barat sudah biasa dengan pancaragam. Ia sekumpulan pemuzik yang berarak ke padang semasa acara sukan untuk menghiburkan penonton dan bersorak kepada para pemain.
Pancaragam yang dibangunkan berasaskan semasa Gunpowder Age di Eropah itu, diwujudkan bagi menyemarakkan semangat anggota tentera dalam peperangan .
Pun begitu, tradisi itu berasal daripada kumpulan pancaragam mehter Uthmaniah pada tahun 1300-an yang berjaya membantu tentera Uthmaniyyah menjadi antara angkatan bersenjata paling berkuasa di dunia pada masa itu.
Sebagai sebahagian daripada kor elit Janissary Empayar Uthmaniah, tujuan pancaragam mehter diwujudkan adalah untuk memainkan muzik keras bagi menakut-nakutkan musuh dan menyemarakkan lagi semangat tentera sekutu.
Akhirnya, orang Kristian di Eropah turut menggunakan konsep pancaragam yang sama untuk menakutkan musuh mereka.
Lagenda mengatakan bahawa selepas kegagalan menawan Vienna pada 1683, tentera Uthmaniah telah meninggalkan berpuluh-puluh alat muzik dan kemudiannya orang Austria mengumpul, mengkaji dan menggunakan alat muzik itu untuk kegunaan sendiri.
Selepas kejadian itu, angkatan tentera di seluruh Eropah turut menggunakan konsep pancaragam itu dan ini secara tidak langsung mengubah cara peperangan di Eropah selama berabad-abad.
Kamera
Pastinya sukar untuk membayangkan dunia tanpa fotografi. Syarikat berbilloin dolar seperti Instagram dan Canon diasaskan berdasarkan idea untuk merakam cahaya dari tempat kejadian, mewujudkan imej daripadanya dan menghasilkan semula imej itu.
Tetapi berbuat demikian adalah sesuatu mustahil tanpa usaha dan sumbangan daripada saintis Islam abad ke-11, Ibnu al-Haitham, yang membangunkan bidang optik dan mengambarkan bagaimana kamera berfungsi.
Apabila Ibnu al-Haitham diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Fatimid pemerintah al-Hakim, beliau mempunyai masa dan keupayaan untuk mengkaji kerja-kerja bagaimana cahaya berfungsi. Sebahagian besar kajiannya itu memberi tumpuan kepada bagaimana lubang kamera berfungsi.
Ibnu al-Haitham adalah saintis pertama yang menyedari bahawa apabila lubang kecil ditebuk pada kotak tahan cahaya, sinaran cahaya dari luar akan melalui lubang itu hingga ke dinding kotak itu.
Beliau sedar bahawa makin kecil lubang itu, maka lebih jelas imejnya dan ini membolehkan beliau membangunkan sebuah kamera yang boleh menangkap imej yang jelas.
Penemuan Ibnu al-Haitham mengenai kamera dan bagaimana untuk menangkap imej telah membawa kepada pembangunan kamera dengan menggunakan konsep yang sama.
Tanpa penyelidikan bagaimana cahaya bergerak melalui lubang itu, mekanisme moden yang ada dalam kamera hari ini tidak akan wujud.
Algebra
Walaupun ramai pelajar sekolah menengah bertungkus-lumus mempelajari matematik, mereka tidak mungkin menghargai kepentingan algebra yang merupakan salah satu sumbangan paling penting semasa kegemilangan Tamadun Islam kepada dunia moden.
Algebra telah dibangunkan oleh ahli sains dan ahli matematik, Muhammad ibnu Musa al- Khawarizmi yang hidup antara tahun 780 hingga 850 Masihi di Parsi dan Iraq.
Dalam buku monumentalnya, Al- Kitab al- Mukhtasar fi hisab al -jabr wa -l- muqabala (The Compendious Book on Calculation by Completion and Balancing), beliau menetapkan empat prinsip-prinsip asas algebra.
Malah, dalam buku itu, al-Khawarizmi turut menerangkan bagaimana untuk menggunakan persamaan algebra dengan pemboleh ubah yang tidak diketahui bagi menyelesaikan masalah dunia seperti pengiraan zakat dan pembahagian harta pusaka.
Buku al-Khawarizimi itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin di Eropah pada tahun 1000-an dan 1100-an, yang mana beliau dikenali sebagai Algoritmi (perkataan algoritma itu berdasarkan nama dan kerja-kerja matematik beliau).
Tanpa usaha beliau dalam membangunkan algebra, aplikasi praktikal matematik moden seperti kejuruteraan, adalah sesuatu yang tidak mungkin wujud.
Karya-karya beliau telah digunakan sebagai buku teks matematik di universiti-universiti sekitar Eropah selama beratus-ratus tahun selepas kematiann

Post a Comment