Masih tercari-cari tempat percutian menarik di Malaysia? Banyak sebenarnya…
Jika anda baru
berkahwin, kami syorkan 10 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia.
Namun jika anda sudah 10-20 tahun kahwin, apa kata cuba menghidupkan
kembali suasana baru nikah dengan berkunjung ke tempat percutian yang
kami senaraikan di bawah ini.
#1 – Tubotel Langkawi
Langkawi
mungkin tempat percutian paling common rakyat Malaysia. Mahu bercuti di
pulau? Pasti Langkawi termasuk dalam senarai anda. Tetapi ada satu
tempat menarik di Langkawi yang tak ramai orang tahu, iaitu Tubotel
Langkawi.
#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang
Jarang orang
bercuti tidur dalam khemah. Tetapi inilah keunikan Tanah Aina Fahad,
sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam khemah dengan aksesori
bertaraf lima bintang! Resort ini terletak di Ulu Dong, Raub Pahang.
Jika anda peminat flora & fauna, masukkan Tanah Aina Fahad dalam
wish list tahun ini.
#3 – Time Capsule Retreat, Pahang
Satu lagi
tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan
konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik!
Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.
#4 – Casa Titik, Pahang
Jika anda
penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di
Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo
kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel
seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.
#5 – The Dusun, Negeri Sembilan
Jika ke Negeri
Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong
baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami
syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih
kepada menikmata keindahan alam.
#6 – Eight Acres, Pahang
Jika anda
pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik
yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa
ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!
#7 – Sekeping Serendah, Selangor
Siapa cakap
tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping
Serendahyang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian
telefon tidak ada di sini.
#8 – The Shorea, Negeri Sembilan
Jika anda ke
Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking
dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.
#9 – LimasTiga, Melaka
Kota A Famosa
mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin
dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort
ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam
renang yang pastinya digemari anak-anak anda.
#10 – Desa Balqis, Melaka
Masih di
Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa
Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat
Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam
rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.
#11 – Terrapuri Heritage Village, Terengganu
Lokasi
percutian menarik di Pantai Timur yang menjadi pilihan kami ialah
Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kuala Terengganu. Reka
bentuk resort ini diilhamkan menggunakan konsep rumah Melayu klasik abad
ke-17. Lokasi Terrapuri yang terletak di antara Laut China Selatan
dengan Laguna Setiu menjadikannya tempat untuk anda mencari ketenangan
di tepi laut.
#12 – D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang
Janda Baik
antara lokasi popular di Pahang. Jika anda memilih untuk ke sana, jangan
lupa untuk mencuba keunikan di D’Ark Training & Resort. Seperti
namanya, lokasi ini sesuai untuk percutian sambil bekerja.
#13 – Three Orchid Manukan Resort, Sabah
Syurga menyelam
ada di Sabah. Banyak pulau di Sabah masih menyimpan 1001 khazanah
lautan, salah satunya di Pulau Manukan. Di sana anda boleh memilih untuk
menginap di Three Orchid Manukan Resort yang turut menyediakan sebuah
pusat menyelam.
#14 – Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak
Suasana ala-ala
di Cameron Higlands tetapi terletak di hutan hujan tropika Borneo.
Borneo Higlands Resort bukan sahaja sesuai untuk percutian bersama
famili, malah sangat sesuai untuk berbulan madu.
#15 – Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Dream World
Resort merupakan salah satu tempat paling strategik untuk anda menikmati
pemandangan indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Walaupun sekadar hotel
bertaraf 3 bintang, namun tawaran resort ini untuk setiap pengunjungnya
sangat berbaloi.
Post a Comment