Kami di yakin semua orang tak terlepas daripada melakukan kesalahan, begitu juga para artis...Pepatah ada mengatakan yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Sebelum banyak lagi pepatah yang kami keluarkan, jomlah kita layan dulu throwback ini!!!
Persengketaan Antara Ahli Keluarga Di Laman Sosial
Sekitar
Jun yang lalu industri seni tanah air gempar apabila penyanyi rock
lagenda, Amy Search dikatakan memaki hamun kekasih hati anaknya secara
terbuka di laman Instagram milik Nabila Huda...
Tindakan
Amy Search itu bersebab kerana berang dengan tindakan Nabila Huda
memuat naik sekeping gambar yang mengundang kritikan peminat. Selang
beberapa hari Nabila Huda tampil dengan beberapa tweet, merayu supaya
Amy Search memperbetulkan kembali keadaan.
Persengketaan
itu berlarutan hingga beberapa bulan namun air yang dicincang takkan
putus, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kembali pulih pada syawal
yang lalu.
Sepatutnya
masalah keluarga seperti ini harus diselesaikan secara baik dan
tertutup, tambah-tambah pula mereka ini artis, hurm...
Bergaduh Sesama Artis
Siapa
tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad, hero malaya yang tak pernah lekang
daripada kontroversi. Karakternya yang begitu lantang dalam memberikan
pendapat dan teguran sering kali mengundang rasa tak puas hati banyak
pihak...
Artikel Berkaitan:
Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad Dipanggil Karyawan
Isu Tengking Lisdawati: Sharnaaz Tak Sabar Beli Baju Baru Masuk Mahkamah
Kalau Nak Sentap, Sila Angkat Kaki Lambong – Sharnaaz Ahmad Beri Kritikan Pedas Kepada Peserta The Band
Terdahulu,
Sharnaaz dikatakan telah menengking Lisdawati ketika berada di set
penggambaran dan hal ini mengundang kemarahan suami aktres itu, Fauzi
Nawawi.
Belum
pun reda dengan kontroversi berkenaan, Sharnaaz menghentam pula peserta
The Band. Jangan terkejut, Diva AA ‘why bother’ pun pernah kena hentam
dengan Sharnaaz ini. Sharnaaz oh Sharnaaz!!!
Berhibur Di Kelab Malam
Mengunjungi
kelab malam bukanlah satu perkara yang mulia di mata peminat apatah
lagi apabila tersebarnya foto berhibur. Situasi ini terjadi kepada Erin
Malek yang ketika itu baru beberapa hari melangsungkan perkahwinan...
Antara
artis lain yang turut terpalit dengan kontroversi katanya berhibur di
kelab malam ialah Tauke Jambu dan Zul Ariffin. Tapi Zul kata dia cuma
tengok live band je, hurmm. Apapun, kepada peminat , kami sarakankan
kalau nak berhibur pergi main bowling ke, tak pun cari mana-mana fun
fair yang berdekatan. Lol!!!
Post a Comment