Sebut
sahaja nama Adam Corrie pasti peminat terbayang watak gangster yang
cukup sinonim dengan dirinya. Bagaimanapun itu semua hanya lakonan dan
cukup berbeza dengan perwatakan dirinya yang sebenar.
Baru-baru ini
Adam Corrie ada memuat naik status berupa pesanan yang begitu menarik di
laman Facebook. Sehingga kini status tersebut telah mendapat lebih 2
ribu perkongsian.
Pesanan Untuk Semua
Menerusi status
tersebut, Adam Corrie memberikan pendapat peribadinya tentang ungkapan
sayang yang sering dituturkan oleh kita kepada orang yang tidak
sepatutnya.
Menurut Adam
Corrie, pesanannya ini betujuan untuk menjaga hati orang yang tersayang
seperti isteri dan suami. Iyalah kalau dia dengar kita panggil orang
lain sayang, mesti kecil hati kan? Silap hari bulan boleh timbul fitnah.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal!
Post a Comment