Kepada
 sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah 
pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan 
kembali dalam filem ini. Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian 
O’Connor dalam filem Fast & Furious telah meninggal dunia pada akhir
 tahun 2013 setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.
Kematian Paul 
Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious
 7 selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast 
& Furious 7 masih dalam penggambaran.
Pihak Universal
 tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan
 Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer 
Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.
Bagi menjadikan
 filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA 
menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast 
& Furious 7 ini.
Proses mengklon
 watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody 
Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker 
digunakan untuk pandangan mata.
Teknologi 
canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman 
Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. 
Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan 
secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang
 tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal. 

Post a Comment