Jika sebelum ini kami kongsikan gambar kereka pengacara popular Awal Ashaari yang rosak teruk akibat kemalangan pagi tadi.
Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.
Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.
Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.
Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.
“Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas,” kata Izuan, lapor Berita Harian.
Apapun kami doakan agar Awal Ashaari tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.




Post a Comment

 
Top