Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan korang
yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu
digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan
mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.? :)) he he
he
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti,
kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia
masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah
SWT)
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak
mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan
perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan
mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai
tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit
larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk
pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi
kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul.
Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau
mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup
aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada
pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau
berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman
yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat
kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin
kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat
dan dosa)
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya
dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik
mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal
mendidik kau. (Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa wanita ke neraka
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap
di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah
Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak
mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak
bertaubat nanti.(Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan
yang lebih baik)
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap
kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil
lagi nyawa aku.(Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah
perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu
kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai
wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung
dan amat sukar untuk diperolehi.(Nota: Dunia ni memang satu pentas
untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)
Di mana kamu
boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan
dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan,
tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu
cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi
lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga
daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan
melindungi diri kamu.”
Post a Comment