Lisa
 Surihani binti Mohamed (lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, 
Malaysia) adalah seorang pelakon, model & pengacara TV yang bergiat 
aktif di Malaysia. Lisa berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada
 Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United 
Kingdom. Lisa mempunyai ketinggian 160 sentimeter.
Kemunculan 
pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Gergasi di TV1 dan kemudian 
disusuli oleh drama Ayah Kami. Beliau berlakon dalam filem Goodbye Boys 
arahan Bernard Chauly dan paling dikenali sebagai pasangan layar paling 
serasi buat aktor popular, Farid Kamil.
Pada 2008, 
beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem 
Malaysia ke 22 menerusi filem I’m Not Single dan dua tahun selepas itu 
memenangi anugerah utama Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi filem 
Lagenda Budak Setan. Kedua-duanya adalah filem gandingan beliau dan 
Farid.
Pada November 
2012, Lisa telah melakonkan watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, isteri 
kepada perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam 
teater Tribute Tun Siti Hasmah yang diarahkan dengan jayanya oleh Erma 
Fatima. Pelakon lain yang turut menjayakan teater in termasuk Eja, Esma 
Danial dan Nazim Othman.


Post a Comment