Tak semua benda masa zaman
bercinta adalah indah, betul kan? Kadang-kadang tu memang tak tahan
sangat dengan perangai pasangan kita, tapi apakan daya, disebabkan
sayang terpaksa juga pejam mata.
Tapi
sebenarnya, adalah lebih baik korang angkat kaki awal-awal daripada
terus hidup dengan seseorang yang mempunyai perangai pelik. Jangan
sampai dah kahwin baru menyesal.
So kalau boyfriend atau girlfriend korang berperangai macam kat bawah ni, #mohonclash. Kuikuikui!
1. Minta Duit Belanja Tiap-Tiap Bulan
Amboi, ni kira
praktis sebelum bakal jadi isteri ke macam mana? Agak-agaklah, kesian
kat boyfriend tu kerja bagai nak rak semata-mata nak bagi duit kat awak.
Baik dia bagi mak dia duit, kan?
Tapi paling tak boleh terima kalau boyfriend yang minta duit dari girlfriend. Ini memang layak ditinggalkan.
2. Bila Bergaduh, Mengadu Pada Mak Korang
Asal tak dapat
cari korang, atau setiap kali bergaduh je mesti si dia akan cari mak
korang. Come on, baik lelaki mahupun perempuan, tolonglah jangan
libatkan ahli keluarga dalam masalah percintaan yang tak seberapa tu.
Buat malu je.
3. Gunakan Social Media Korang Post Benda Sweet Kat Profile Dia
Ini psycho.
Mentang-mentang dia ada password Facebook, Twitter dan segala macam
laman sosial korang, si dia dengan bahagianya gunakan akaun korang dan
post status sweet-nak-mati ke akaun dia sendiri.
So orang akan
nampak macam dia sangat disayangi oleh korang. Biasa berlaku sebab si
dia nak buat ex-girlfriend atau ex-crush korang cemburu.
4. Rajin Sangat Pergi Berhimpun
Kalau korang
ada boyfriend atau girlfriend yang rajin sangat ikut kawan-kawan pergi
berhimpun buat demonstrasi, dah bolehlah lafazkan kata putus.
Bukan apa, bukan ke lagi elok aktif ke masjid dan surau?
5. Tak Sudi Makan Kat Tepi Jalan Atau Warung
Kopaklah duit
kalau setiap kali dating nak pergi makan tempat mahal-mahal je. Bila
kita ajak pergi makan rojak dan cendol, tak mahu sebab takut alahan
katanya. Ada manusia macam ni?
6. Minta Update Apa Kamu Buat Setiap Setengah Jam
Penatnya kalau
dapat pasangan macam ni. Mana kita nak buat kerja, mana kita nak makan,
nak pergi buang air kat tandas pun tak sempat agaknya sebab kena layan
perbualan dia di WhatsApp. Bila lambat reply mesti akan merajuk.
Itu belum lagi
dapat pasangan yang akan call setiap setengah jam sebab nak tahu korang
buat apa. Aiyo, tak boleh bernafas macam ni!
7. Sejenis Keyboard Warrior
Mohon
perhatikan perangai pasangan korang di laman-laman sosial. Biasanya bila
berbalas komen dengan kawan-kawan, dia nampak normal.
Tapi
rupa-rupanya si dia juga sejenis keyboard warrior yang suka membahan dan
mengkritik sesuatu atau seseorang. Setakat lantang di alam maya, tak
macho lah.
8. Pakej Lengkap Kaki Pukul & Panas Baran
Manusia macam ni memang sesuai hidup sendirian. Jangan kawan dengan dia lagi, okay?
9. Suka Ambil MC
Kalau nak tahu
bakal suami boleh bagi korang hidup senang lepas kahwin atau tidak,
tengok kerajinan dia pergi kerja. Kalau dalam sebulan tu ambil Medical
Leave sampai dua-tiga kali, nampak sangat si dia pemalas. Ada
kemungkinan korang yang akan tanggung dia bila dah kahwin nanti.
Tapi kalau si dia memang ada penyakit, mohon bertimbang rasa ya?
10. Asal Bergaduh Je Minta Putus
Naik muak dengan perangai pasangan macam ni. Nak sangat putus kan? Ha, korang bagi je apa yang dia nak. Hehe.
11. Ugut Nak Bunuh Diri
Ini lagi satu
masalah. Dah tak ada pedoman hidup ke sampai terfikir nak kelar tangan,
terjun bangunan, telan pil tidur dan sebagainya? Kalau memang tak ada
jodoh, kelarlah tangan sampai berdarah-darah pun tetap takkan bersama.
Kalau pasangan korang macam ni, tolong bawa dia pergi jumpa kaunselor dan berbincanglah dengan baik.
12. Sibuk Tentukan Hidup Korang
Rimas kan kalau
hidup kita sendiri ditentukan oleh orang lain? Sampaikan apa yang
korang nak makan, pakai baju apa, gaya rambut dan jenis kawan-kawan pun
dia yang pilihkan. Mak korang pun tak macam tu.
13. Kahwin Bukan Dalam Senarai Masa Depan Dia
Setiap kali
korang tanya soal kahwin, dia akan pura-pura tak dengar dan alih topik.
Senang cerita, perkataan ‘kahwin’ memang tak wujud pun dalam kamus hidup
dia.
So tanya balik
diri sendiri, apa kepentingan korang dalam hidup dia kalau dia tak ada
inisiatif untuk jadikan korang teman hidup yang halal? Fikirkan dan
buatlah keputusan yang bijak. Gitcheww!
Post a Comment